Blog ini diwujudkan untuk memberi fokus kepada perbincangan tentang Usability, Human Computer Interaction (HCI) dan juga isu-isu dan masalah usability yang wujud dalam benda-benda seharian di sekitar kita.
Pernah tak kita tertanya-tanya soalan-soalan seperti – “Macam mana nak guna benda ni?”, “Lepas ni aku perlu buat apa?”. Mungkin soalan-soalan macam tu timbul apabila produk yang kita nak guna tu tak usable.
Jadi, apa itu Usability?
Kalau terjemah dalam bahasa melayu, maksudnya “kebolehgunaan”. Kalau nak ikutkan, terdapat banyak maksud usability yang boleh kita jumpa kat web. Tapi secara umumnya, usability bermaksud memastikan sesuatu produk dapat digunakan dengan mudah tanpa mengira kebolehan atau pengalaman seseorang.
Selalunya, kita cuma perlu gunakan common sense sahaja untuk menilai sesuatu produk itu usable atau tak. Tetapi, dalam kajian usability yang sebenar, terdapat beberapa ciri2 usability seperti:
Usability di Malaysia
Bidang usability telah lama bertapak di negara lain. Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh syarikat luar telah lama mengambil kira pasal usability. Di negara lain, praktis usability digunakan dengan sangat meluas. Terutamanya dalam bidang IT. Malah, usability merupakan satu bisnes yang besar dan menguntungkan. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis menjalankan Usability Testing.
Tapi aku mushkil, kenapa usability di Malaysia ni macam tak hidup? Kesedaran tentang usability kat Malaysia ni masih di tahap rendah. Yang pastinya, di Universiti-universiti tempatan ada menawarkan subjek Human Computer Interaction (HCI) dalam silabus pengajian IT atau sains komputer. Cuma secara praktikalnya, usability tidak diserapkan dengan meluas dan berkesan di Malaysia.
Fungsi blog ini
Jadi, atas kesedaran itu aku cuba lahirkan blog ini dan akan cuba berkongsi pengetahuan yang aku ada kepada sesiapa yang berminat.
Sebenarnya, usability ni, satu topik yang sangat besar untuk diperbincangkan hanya dalam satu thread. Jadi, pastikan anda kembali ke blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang usability.
Sesiapa yang berminat untuk berkongsi idea atau menulis content untuk blog ini adalah sangat-sangat dialukan dan sila email kepada saya di ![]()
anymore opening kat mimos on usablity engineer?
1 | Metaphora Usability « Blog Usability Malaysia
September 9, 2008 at 9:25 am
[...] Apa itu Usability? [...]