Blog Usability Malaysia

Fakta2 penting usability web

Posted on: January 7, 2009

Di sini aku postkan fakta2 menarik mengenai usability dan kepentingannya yang aku collect sendiri dari pelbagai website dan ada jugak antaranya yang aku reka sendiri. So korang layan je lah.. 
  1. Usability BUKAN hanya mengenai design yang cantik atau buruk
    – Ramai orang selalu salah anggap bahawa usability tu boleh di nilai dengan cantik atau buruk sesuatu website.
    – Kalau website tu cantik macam mana pun, tapi kalau pengguna susah nak cari maklumat yang diperlukan tak ada makna.
     
  2. Kajian menunjukkan 60% pengguna internet tidak dapat mencari maklumat yang diperlukan setiap kali melayari website
    – Maknanya, terlalu banyak masa dan kos yang membazir begitu sahaja. Produktiviti pengguna pun boleh terjejeas. Ini boleh mendatangkan marah!
     
  3. Kebanyakan web developer/designer syok sendiri
    – Fakta yang paling pahit adalah fakta yang betul.
    – Kebanyakan developer/designer suka menunjuk2 skill yang ada tanpa mengira kehendak sebenar pengguna.  
     
  4. Cara terbaik mengetahui tahap usability sesuatu website adalah dengan melihat sendiri user menggunakannya
    – Maksudnya, kita kena jalankan Usability Testing / User Testing yang sebenar di mana kita sebagai tester, melihat sendiri penggunaan website tu oleh user.
    – Teknik ini akan aku kupas dalam post yang lain. 
     
  5. Pengguna masuk ke website dengan tujuan tertentu dan keluar segera selepas dapat maklumat yang diperlukan
    –  So, moral of the story; jangan masukkan maklumat yang tak berkaitan dalam webpage
    – dan hendaklah sentiasa gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami.
    – Gunakan point-form instead of perenggan yang panjang lebar dan boring.
     
  6. Kebanyakan pengguna SCAN maklumat. Bukan MEMBACA satu persatu
    –  Pengguna selalunya hanya akan browse through maklumat yang diperlukan ataupun yang menarik di pandangan mata mereka.
     
  7. Kebanyakan pengguna akan IGNORE maklumat pada banner atau image
    – Syndrome ni dipanggil BANNER BLINDNESS.
    – Baca artikel menarik di website Jacob Nielsen di useit.com

 

Aku akan sentiasa update lagi fakta2 menarik yang aku jumpa atau terfikir dalam post ni.. Banyak lagi yang aku miss tu. Kalau rajin tu, kasilah input kat comment box di bawah ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 4,625 hits
January 2009
M T W T F S S
« Sep   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: