Blog Usability Malaysia

  Apa itu Usability?  

Blog ini diwujudkan untuk memberi fokus kepada perbincangan tentang Usability, Human Computer Interaction (HCI) dan juga isu-isu dan masalah usability yang wujud dalam benda-benda seharian di sekitar kita.

Pernah tak kita tertanya-tanya soalan-soalan seperti – “Macam mana nak guna benda ni?”, “Lepas ni aku perlu buat apa?”. Mungkin soalan-soalan macam tu timbul apabila produk yang kita nak guna tu tak usable.

Jadi, apa itu Usability?

Kalau terjemah dalam bahasa melayu, maksudnya “kebolehgunaan”. Kalau nak ikutkan, terdapat banyak maksud usability yang boleh kita jumpa kat web. Tapi secara umumnya, usability bermaksud memastikan sesuatu produk dapat digunakan dengan mudah tanpa mengira kebolehan atau pengalaman seseorang.

Selalunya, kita cuma perlu gunakan common sense sahaja untuk menilai sesuatu produk itu usable atau tak. Tetapi, dalam kajian usability yang sebenar, terdapat beberapa ciri2 usability seperti:

  • Effectiveness – produk dapat digunakan dengan mudah dan berkesan tanpa ada kesilapan
  • Efficiency produk dapat digunakan dengan pantas, menjimatkan masa dan konsisten
  • Satisfaction produk yang digunakan memuaskan hati pengguna dan mereka suka menggunakannya
  • Learnability produk itu senang dipelajari oleh sesiapa tanpa bantuan manual ataupun sesiapa

Usability di Malaysia

Bidang usability telah lama bertapak di negara lain. Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh syarikat luar telah lama mengambil kira pasal usability. Di negara lain, praktis usability digunakan dengan sangat meluas. Terutamanya dalam bidang IT. Malah, usability merupakan satu bisnes yang besar dan menguntungkan. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis menjalankan Usability Testing.

Tapi aku mushkil, kenapa usability di Malaysia ni macam tak hidup? Kesedaran tentang usability kat Malaysia ni masih di tahap rendah. Yang pastinya, di Universiti-universiti tempatan ada menawarkan subjek Human Computer Interaction (HCI) dalam silabus pengajian IT atau sains komputer. Cuma secara praktikalnya, usability tidak diserapkan dengan meluas dan berkesan di Malaysia.

Fungsi blog ini

Jadi, atas kesedaran itu aku cuba lahirkan blog ini dan akan cuba berkongsi pengetahuan yang aku ada kepada sesiapa yang berminat.

Sebenarnya, usability ni, satu topik yang sangat besar untuk diperbincangkan hanya dalam satu thread. Jadi, pastikan anda kembali ke blog ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang usability.

Sesiapa yang berminat untuk berkongsi idea atau menulis content untuk blog ini adalah sangat-sangat dialukan dan sila email kepada saya di Mail to kayrules

2 Responses to "  Apa itu Usability?  "

anymore opening kat mimos on usablity engineer?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 4,625 hits
December 2016
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: